KONSEP NEGARA DAN BANGSA : KONSEP DAN PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA DAN ACUAN

Pengenalan Pembinaan Negara Bangsa amat penting bagi sebuah negara yang berbilang kaum dan agama seperti Malaysia. Keupayaan membina Negara Bangsa bergantung kepada perkongsian nilai serta semangat patriotisme. Ia menjadi semakin penting lebih-lebih lagi dalam era globalisasi yang membenarkan pengaliran secara bebas dan pantas bukan sahaja maklumat, modal serta manusia, tetapi juga sistem nilai, budaya dan kepercayaan dari pelbagai negara. KONSEP NEGARA DAN BANGSA Konsep Negara Merujuk kepada wilayah kewujudan kelompok manusia. Suatu unit politik yang mempunyai kedaulatan, tanggungjawab dan kuasa menjalankan hal ehwal pentadbiran sendiri. Sekumpulan manusia yang menduduki sesebuah wilayah yang tetap berada di bawah penyelenggaraan kerajaan dan tidak tertakluk kepada kuasa luar(K. Rahamthan, 1992). Sebuah negara menurut undang-undang antarabangsa haruslah mempunyai elemen-elemen berikut: Elemen Negara: 1. Kerajaan 2. Wilayah (sempadan) 3. Kedaulatan 4. Penduduk (rakyat atau populasi) ...