KONSEP NEGARA DAN BANGSA : KONSEP DAN PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA DAN ACUAN



Pengenalan

Pembinaan Negara Bangsa amat penting bagi sebuah negara yang berbilang kaum dan agama seperti Malaysia. Keupayaan membina Negara Bangsa bergantung kepada perkongsian nilai serta semangat patriotisme. Ia menjadi semakin penting lebih-lebih lagi dalam era globalisasi yang membenarkan pengaliran secara bebas dan pantas bukan sahaja maklumat, modal serta manusia, tetapi juga sistem nilai, budaya dan kepercayaan dari pelbagai negara.

KONSEP NEGARA DAN BANGSA

Konsep Negara

  • Merujuk kepada wilayah kewujudan kelompok manusia.​

  • Suatu unit politik yang mempunyai kedaulatan, tanggungjawab dan kuasa menjalankan hal ehwal pentadbiran sendiri.

  • Sekumpulan manusia yang menduduki sesebuah wilayah yang tetap berada di bawah penyelenggaraan kerajaan dan tidak tertakluk kepada kuasa luar(K. Rahamthan, 1992).​


Sebuah negara menurut undang-undang antarabangsa haruslah mempunyai elemen-elemen berikut:

Elemen Negara:

1. Kerajaan

2. Wilayah (sempadan)

3. Kedaulatan

4. Penduduk (rakyat atau populasi)

Konsep Bangsa

  • Satu kelompok manusia berdasarkan ciri fizikal iaitu ras dan keturunan.​

  • Kaum – kumpulan etnik berdasarkan ciri budaya.​

  • Satu komuniti politik dalam wilayah tertentu.

  • Kesatuan manusia yang hidup dalam sesebuah negara.​

  • Kumpulan besar yang ahlinya mempunyai kepercayaan terikat atas asas perkongsian identiti sebagai suatu kumpulan manusia atau masyarakat yang terikat dengan persamaan hubungan sejarah, kebudayaan dan nenek moyang yang sama.


Contoh :-

Negara bangsa di negara-negara Eropah​

-Menggunakan amalan real-politic dalam membina negara baharu. Tercetus kerana mempunyai kesedaran tentang hak rakyat , kerajaan berperlembagaan dan kerajaan moden.​

Negara bangsa di Madinah​

-Penyatuan melalui amalan diplomasi dan prinsip Islam dengan keakuran semua warganegara terhadap Sahiful Madinah.​

Negara bangsa zaman feudal Melayu​

-Kekuasaan raja-raja Melayu dan ketaatan rakyat di kawasan taklukannya.​

Negara bangsa zaman British​

-Cubaan pembinaan negara bangsa melalui penubuhan 'Malayan Union'​

Konsep Negara Bangsa

Chambers' Encyclopedia (1973:671) memberi definisi "nation building" sebagai negara bangsa itu merupakan satu proses yang melahirkan bangsa baru, yakni sebuah negara yang mempunyai kedaulatan di mana semua rakyatnya disatukan oleh ikatan-ikatan seperti bahasa, budaya, nilai-nilai dan lain-lain yang membentuk bangsanya. Tujuan utama pembinaan bangsa itu adalah untuk melahirkan perasaan taat setia dan perpaduan terhadap sesuatu pertubuhan(bangsa) itu.

Konsep negara bangsa dikihat sebagai bangsa idaman yang diimpikan oleh sesebuah negara melalui konsep satu bangsa, satu identiti. Secara ilmiahnya, konsep ini menjurus kepada sebuah negara yang berdaulat dengan rakyatnya hidup bersatu padu tanpa dipisahkan oleh sentimen perkauman, keturunan, agama, bahasa, budaya, wilayah dan sebagainya yang dilihat boleh membawa keapda perpecahan.​

3 syarat utama negara bangsa​ :

-Masyarakat dalam sesebuah negara hidup dalam keadaan yang bersatu padu tanpa berlaku sebarang diskriminasi dan perpecahan.​

-Rakyat negara mestilah berkongsi pegangan kepada suatu ideologi yang sama.​

-Penduduk haruslah percaya dan yakin terhadap sistem pemerintahan dan undang-undang negara​

NEGARA BANGSA MALAYSIA ?

-Pembinaan negara bangsa di Malaysia dibina berdasarkan Rukun Negara melalui strategi penyusunan semula masyarakat dibawah program Dasar Ekonomi Baru pada tahun 1970 (Ghazali, 1992)​



KONSEP DAN PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA DAN ACUAN

Konsep Negara

  • Suatu masyarakat yang mendiami sesebuah kawasan atau wilayah secara tetap​.

  • Sebuah negara mempunyai unsur-unsur yang berikut:​


    - Sempadan wilayah yang tetap dan jelas​


    - Penduduk yang tetap​


    - Sistem pemerintahan atau kerajaan yang teratur​


  • Negara berdaulat mempunyai ciri-ciri:​


    - Merdeka​


    - Berkuasa sendiri​


    - Berwibawa​


    - Beridentiti​


    - Mempunyai perlembagaan​


Kerajaan Persekutuan

  • Gabungan Kerajaan Pusat & Kerajaan Negeri

  • Tidak mempunyai kuasa mutlak

  • Mempunyai kuasa autonomi sendiri dalam bidang perundangan tertentu​

  • Mempunyai kuasa sepenuhnya terhadap hal ehwal luar negara dan hal umum​
  • Mempunyai kuasa sepenuhnya terhadap hal dalam negeri seperti tanah, hutan dan pentadbiran negeri​
  • Mempunyai kuasa sepenuhnya terhadap hal dalam terhadap pihak yang lain
  • Contoh; USA, Brazil, Australia, India dan Malaysia

Kerajaan Kesatuan

  • Gabungan beberapa gabungan buah negeri dengan Kerajaan Pusat​

  • Kerajaan Pusat berkuasa untuk membatalkan undang-undang yang diluluskan oleh Kerajaan Negeri​

  • Contoh; Great Britain, New Zealand, France, Denmark dan Indonesia​.

Kerajaan Konfederasi

  • Sistem kerajaan yang memberikan kebanyakan kuasa pemerintahan kepada Kerajaan Negeri​.

  • Kuasa pemerintahan yang terhad​.

  • Kurang berfungsi dan tersekat pentadbirannya.
  • Diwujudkan melalui perjanjian yang longgar seperti Konfederasi Jerman Utara (1867 – 1871)​

BENTUK NEGARA

Monarki

  • Pemerintahan dikuasai oleh raja atau sultan.

  • Raja/sultan menjadi pentadbir utama dan memonopoli kuasa eksekutif.

  • Pentadbiran negara dijalankan oleh kaum kerabat raja/sultan ​

  • Warisan takhta kerajaan berdasarkan keturunan​
  • Contoh; Arab Saudi, Kuwait dan Brunei Darussalam​.

Republik

  • Tidak mempunyai raja sebagai ketua negara

  • Ketua negara adalah Presiden yang merupakan rakyat biasa.

  • Mengamalkan prinsip demokrasi ​

  • Contoh; USA, Filipina, Sri Lanka, France, Portugal, Taiwan, Pakistan, India dan Singapura.

Demokrasi

  • Mempunyai kerajaan yang dipilih oleh rakyat dalam pilihan raya umum.

  • Wakil-wakil yang dipilih rakyat merupakan anggota parti-parti politik yang berlainan ​

  • Parti politik yang mendapat sokongan majoriti rakyat akan berkuasa untuk membentuk kerajaan
  • Berteraskan konsep ‘kerajaan rakyat, oleh rakyat dan untuk rakyat’​.

Autokrasi

  • Negara yang diperintah oleh seorang individu yang mempunyai kuasa mutlak.

  • Pemerintah biasanya menggunakan kekerasan, paksaan dan ugutan untuk mengekalkan kuasanya​.



CIRI-CIRI DEMOKRASI ADALAH :

a) Hak asasi rakyat terjamin ​

b) Rakyat bebas untuk bersuara dan mengeluarkan idea ​

c) Pilihan raya bebas diadakan untuk memilih kerajaan ​

d) Rakyat yang memenuhi syarat umur tertentu berhak untuk mengundi dan bertanding dalam pilihan raya umum ​

e) Pengundian dalam pilihan raya dibuat secara sulit ​

f) Kemenangan dalam pilihan raya berdasarkan jumlah undi terbanyak yang diperolehi​



PEMBENTUKAN MALAYSIA

Kemerdekaan Tanah Melayu

  • Diusahakan oleh Tunku Abdul Rahman.

  • 1956, Tunku Abdul Rahman mengetuai Rombongan Merdeka ke London ​


Wakil Parti Perikatan

• Tunku Abdul Rahman, Tun Dr. Ismail ​, Tun H.S. Lee ​dan Tun Abdul Razak ​


Wakil Raja Melayu

•  Dato’ Panglima Bukit Gantang,  Abdul Aziz Othman ​, Dato’ Mohd Seth ​dan Dato’ Nik Ahmed Kamil 


  • Hasil rundingan, Perjanjian London telah ditandatangani

a) Tarikh merdeka pada 31 Ogos 1957 ​

b) Perlantikan suruhanjaya bebas untuk menggubal Perlembagaan Merdeka ​

c) Konsep Raja Berperlembagaan dikekalkan ​

d) Pembahagian kuasa antara Kerajaan Pusat dengan Kerajaan Negeri

  ​

  • Suruhanjaya Reid dibentuk untuk menyusun Perlembagaan Tanah Melayu


a) Pembahagian kuasa antara Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri ​

b) Kerakyatan secara jus soli ​

c) Kedudukan istimewa orang Melayu dikekalkan ​

d) Institusi Raja Melayu dan konsep Raja Berperlembagaan dikekalkan ​

e) Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan ​

f) Agama Islam sebagai agama rasmi persekutuan 
 ​

  • Pengisytiharan kemerdekaan telah dibuat secara rasmi pada 31 Ogos 1957 di Stadium Merdeka​


Cadangan Pembentukan Malaysia

  • Dikemukakan oleh Tunku Abdul Rahman pada 27 Mei 1961 semasa menghadiri Persidangan Persatuan Wartawan Luar Negeri Asia Tenggara di Singapura ​


Faktor :

a) Mempercepat proses kemerdekaan Singapura, Sabah, Sarawak dan Brunei yang masih dijajah oleh pihak British ​

b) Mengimbangi penduduk Melayu dan bumiputera dengan bukan bumiputera ​

c) Kerjasama ekonomi ​

d) Menyekat pengaruh komunis​



Langkah Ke Arah Pembentukan Malaysia

  • Tunku Abdul Rahman mengadakan lawatan ke Sabah, Sarawak dan Brunei

  • Rundingan diadakan antara pegawai-pegawai kanan PTM dengan pegawai-pegawai British dari Sabah, Sarawak dan Singapura ​

  • Hasil rundingan – Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Kaum ditubuhkan pada Julai 1961

  • Suruhanjaya Cobbold ditubuhkan pada Januari 1962​

a) Meninjau pendapat Sabah dan Sarawak (80% bersetuju) ​

b) Membuat penilaian dan mengemukakan cadangan kepada pihak British ​


Antara cadangan :​

a) Perlembagaan berasaskan PTM ​

b) Sabah dan Sarawak diberi kuasa menentukan dasar imegresen ​

c) Hak dan kedudukan bumiputera dijamin​

d) Negara baharu dinamakan Malaysia ​

e) Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan

  • Ogos 1962, Jawatankuasa antara Kerajaan (JAK) yang dianggotai wakil daripada Tanah Melayu, Britain, Sabah dan Sarawak ditubuhkan ​

  • September 1962, Singapura mengadakan referendum (rakyat Singapura bersetuju)
  • Julai 1963, Brunei menarik diri 
  • Ogos 1963, misi PBB mendapati penduduk Sabah & Sarawak berhasrat menyertai Malaysia​



Perjanjian Malaysia

  • Jun 1963, Tunku Abdul Rahman mengadakan rundingan dengan pihak British di London selama dua minggu ​

  • Hasil daripada rundingan, Perjanjian Malaysia ditandatangani pada Julai 1963​

Kandungan Perjanjian :​

 a) Semua urusan hal ehwal luar menjadi tanggungjawab Kerajaan Persekutuan ​

b) Agama Islam ialah agama rasmi Persekutuan ​

c) Bahasa Melayu ialah bahasa rasmi kebangsaan ​

d) Untuk Sabah/Sarawak, bahasa Inggeris kekal sebagai bahasa kebangsaan sehingga 10 tahun ​

e) Sabah/Sarawak diberi kuasa mengawal hal ehwal imigresen dan perkhidmatan awam ​

f) Bumiputera Sabah/Sarawak mendapat taraf yang sama dengan orang Melayu 


  • Penubuhan Malaysia diisytiharkan pada 16 September 1963


Kesimpulan

Malaysia kini sedang memasuki fasa 15 tahun kedua ke arah mencapai wawasan 2020.  Menjelang tahun 2020, Malaysia berhasrat menjadi sebuah negara maju mengikut acuan sendiri, iaitu ingin mencapai kemajuan seimbang dari segi ekonomi, politik, sosial, kerohanian, dan kebudayaan.  Malaysia juga berhasrat menjadi sebuah negara yang masyarakatnya bersatu padu dan mempunyai keyakinan diri yang tinggi, berpegang teguh kepada nilai agama, moral dan etika serta menikmati kehidupan yang demokratik, liberal dan bertolak ansur, perkongsian ekonomi yang adil dan saksama, progresif dan makmur, serta menguasai ekonomi yang mampu bersaing, dinamik, tangkas serta berdaya tahan. Yang Amat Berhormat Tun Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia yang keempat (1991), berhasrat menjelang tahun 2020, Malaysia boleh menjadi sebuah negara yang bersatu padu dengan masyarakat Malaysia mempunyai rasa keyakinan diri, ditunjangi oleh nilai-nilai moral dan etika yang utuh, menikmati kehidupan dalam sebuah masyarakat yang demokratis, liberal lagi bertolak ansur, berbudi, adil dan saksama ekonominya, progresif dan makmur, dan sepenuhnya menguasai ekonomi yang mampu bersaing, dinamis, tangkas serta mempunyai daya ketahanan.Justeru, dalam usaha untuk mencapai wawasan membina negara bangsa semua pihak harus bersatu padu dan bekerjasama.  Pendidikan memainkan peranan yang penting dalam melahirkan pelajar dengan ciri-ciri individu dan masyarakat Bangsa Malaysia.


Rujukan

Safeqa, Jan 21, 2018 , page 1-10 

https://www.slideshare.net/safeqa/konsep-negara-bangsa


Nasir Hassan, Feb 6, 2018, page 1-20

https://www.slideshare.net/memorisekuntumrindu1/konsep-negara-pembentukan-negara-malaysia-pengajian-malaysia


Nuffnang, October 12, 2012

http://notakuliahpismp.blogspot.com/2012/10/konsep-negara-bangsa.html


Comments